Posts

Showing posts from March, 2016

Tips Menulis Matlamat Kerjaya Dalam Resume

Image
Tips menulis matlamat kerjaya dalam resume Matlamat kerjaya biasanya ditulis sebagai objektif dalam resume anda. Ia juga merujuk kepada kenyataan matlamat bagi kerjaya anda. Nampak mudah untuk anda mendapatkan kerja dengannya. Dicampur pula dengan pendidikan dan pengalaman anda, tips menulis matlamat kerjaya dalam resume mampu membantu anda untuk mendapatkan kerja idaman. Tidak dinafikan ini adalah bahagian yang sukar untuk dihasilkan kerana anda hanya mempunyai ruang yang terbatas untuk menceritakan kemahiran dan kepakaran anda. Senarai objektif kerjaya tidak disenaraikan akan menyebabkan bakal majikan menganggap anda tidak serius dalam mencari kerja. Pemohon pula mengambil sikap sambil lewa kerana menganggap ia tidak penting dan sudah dijelaskan dalam resume yang dihantar. Menggunakan kenyataan umum semasa memohon kerja Sekiranya anda memohon jawatan sebagai seorang jurutera, elakkan daripada menggunakan kenyataan umum seperti di bawah : “Untuk mendapatkan pengalaman sebagai...