6 PRINSIP INI BOLEH PUJUK PELANGGAN UNTUK BELI.
**********
Mengikut Dr. Robert Cialdini, terdapat 6 prinsip pujukan yang boleh digunakan dalam aktiviti pemasaran.
.
1) Reciprocity
Orang akan rasa terhutang budi kepada orang yang buat sesuatu kebaikan untuk mereka atau beri mereka hadiah.
Jika anda berikan sampel sesuatu produk kepada bakal pelanggan secara percuma, mereka akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang produk tersebut dan beli.
Sebagai contoh, anda jual kuih tart nenas. Mula-mula, bagi orang rasa dulu.
Selepas orang tu dah rasa mesti dia akan tanya berapa harga, 1 bekas ada berapa biji , berapa lama boleh tahan, dan lain-lain.
Masa nilah mudah untuk anda close sales.
Kalau dia dah rasa kuih tart nenas anda sedap, tapi dia tak beli, takpe.
Kemungkinan dia akan tetap bagitahu pada kawan-kawan dia yang kuih tart anda sedap. Dah dapat word of mouth marketing percuma.
.
2) Scarcity
Prinsip ini selalu digunakan dalam kebanyakan iklan.
Contoh:
- Tawaran sepanjang bulan Ramadhan sahaja.
- 50% diskaun dalam tempoh 24 jam bermula dari sekarang.
Prinsip Scarcity digunakan untuk beritahu prospek bahawa mereka akan kehilangan sesuatu jika gagal bertindak sekarang.
Apabila anda letakkan prinsip ini dalam sesebuah iklan, peluang untuk ramai orang terus beri respon akan meningkat.
.

3) Authority
Orang menghormati kuasa. Mereka mahu mengikuti individu yang betul-betul pakar dalam sesuatu bidang.
Contoh:
Jenama produk sukan yang terkenal iaitu Adidas jadikan Lionel Messi sebagai duta.
Lionel Messi guna kasut bola jenama Adidas untuk bermain bola sepak.
Disebabkan pengaruh dan kredibiliti Lionel Messi, ramai yang mudah percaya bahawa kasut bola Adidas adalah antara yang terbaik.
Apabila orang yang mempunyai pengaruh besar dan kredibiliti berikan testimoni positif, ini akan pengaruhi bakal pelanggan untuk membuat pembelian sesuatu produk.
.

4) Consistency
Katakan anda beri kepada prospek sebuah software untuk bisnes. Dia boleh gunakan secara percuma selama 3 bulan untuk naikkan sales.
Selepas 3 bulan dia perlu langgan jika terbukti software tu membantu.
Semua perjanjian ni bertulis. Ada hitam putih. Dipersetujui bersama.
Prospek takkan ada masalah untuk berikan komitmen kecil.
Pakai jelah software baru selama 3 bulan. Bukan kena bayar pun.
Jika produk atau servis kita memang bagus sepanjang dia beri komitmen yang kecil, pasti dia akan beli.

.
5) Liking
Biasanya, kita lebih cenderung dipengaruhi oleh orang yang kita suka.
Suka boleh datang dalam cara yang berbeza. Mungkin berkongsi minat, pandangan dan pendapat yang sama.
Ia juga boleh datang dalam bentuk kepercayaan, mempunyai nama sama, orang beri pujian dan lain-lain.
Katakan nama anda Ali, nama prospek pun Ali. Peluang untuk prospek tersebut bertukar jadi pelanggan bertambah cerah.
.
6 Consensus
Ramai orang dipengaruhi oleh orang sekeliling mereka. Boleh jadi pengaruh tu dari segi perbuatan dan pendapat.
Contoh:
Di Malaysia, terdapat 3 jenis produk yang boleh menghilangkan masalah jerawat di muka iaitu Produk X, Y dan Z.
75% daripada penduduk di Malaysia mengatakan bahawa Produk Y paling berkesan berbanding produk X dan Z.
Jadi, jika diberi pilihan antara produk X, Y dan Z, produk mana yang menjadi pilihan anda?

https://seller.shopee.com.my/portal/product/33571345

.
Sekarang anda dah pun tahu apa 6 prinsip yang boleh pujuk pelanggan untuk membeli.
Boleh cuba amalkan.


Comments

Popular Posts