Tips Menulis Matlamat Kerjaya Dalam Resume
Tips menulis matlamat kerjaya dalam resume
Matlamat kerjaya biasanya ditulis sebagai objektif dalam resume anda. Ia juga merujuk kepada kenyataan matlamat bagi kerjaya anda. Nampak mudah untuk anda mendapatkan kerja dengannya. Dicampur pula dengan pendidikan dan pengalaman anda, tips menulis matlamat kerjaya dalam resume mampu membantu anda untuk mendapatkan kerja idaman.
Tidak dinafikan ini adalah bahagian yang sukar untuk dihasilkan kerana anda hanya mempunyai ruang yang terbatas untuk menceritakan kemahiran dan kepakaran anda. Senarai objektif kerjaya tidak disenaraikan akan menyebabkan bakal majikan menganggap anda tidak serius dalam mencari kerja. Pemohon pula mengambil sikap sambil lewa kerana menganggap ia tidak penting dan sudah dijelaskan dalam resume yang dihantar.
Menggunakan kenyataan umum semasa memohon kerja
Sekiranya anda memohon jawatan sebagai seorang jurutera, elakkan daripada menggunakan kenyataan umum seperti di bawah :
“Untuk mendapatkan pengalaman sebagai seorang jurutera yang mahir dan berpengalaman”.
Jika dilihat, ianya terlalu umum kerana tidak ditumpukan kepada jenis kemahiran dan berapa lama matlamat tersebut hendak dicapai. Ianya boleh ditambah baik dengan menambahkan beberapa perkataan seperti kenyataan di bawah :
“Untuk mendapatkan pengalaman sebagai seorang jurutera yang mahir dalam bidang elektrik dan elektronik dan berpengalaman luas dan bertauliah dalam setiap tugasan yang diamanahkan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan positif syarikat”.
Lihat, kenyataan di atas lebih jelas dan spesifik bukan?
Jika anda menggunakan kenyataan sebelum ini, ia hanya akan membuatkan bakal majikan anda berasa gusar dan tidak yakin untuk membaca penulisan resume anda. Jadikan resume anda sebagai alat untuk menjual kebolehan anda dan mampu mempersembahkan objektif kerjaya anda. Biar bakal majikan anda mengetahui apa yang anda mahukan.
Selain itu, nyatakan komitmen anda yang membantu mencapai matlamat kerjaya anda.
Senaraikan tindakan yang anda rancang dan lakukan. Tulis dengan spesifik dan elakkan daripada menceritakan ia terlalu umum.
Sebagai contoh, anda mahu menjadi seorang jurujual dalam industri takaful. Anda menggunakan kelebihan dalam kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan untuk meningkatkan jualan di samping meningkatkan prestasi komunikasi dengan orang ramai.
Keterangan di atas membantu bakal majikan anda memahami potensi diri anda, pengalaman yang anda miliki, apa yang anda mampu buat dan apa yang sanggup anda buat untuk mencapai matlamat kerjaya. Dengan mengikuti cara-cara yang dikongsikan, resume anda sudah menjadi alat pemasaran diri anda yang berkesan dan menawan hati bakal majikan.
Banyak lagi tip-tip rahsia yang
anda boleh gunakan. Anda boleh dapatkan rahsia-rahsia resume hebat di laman resume kerja.
Comments
Post a Comment