5 perkara yang tidak perlu ada dalam resume
Sekian lama anda bekerja, mungkin agak lama tidak mengemaskini resume . Besar kemungkinan resume anda mengandungi informasi yang tidak lagi diperlukan, atau sudah lapuk untuk dikongsikan. Akibatnya, resume anda akan kelihatan tidak professional dan tiada sentuhan. Di sini kami senaraikan 5 perkara yang tidak perlu ada dalam resume anda. 1. Bertanggung jawab kepada… Sekiranya anda melakukan sesuatu perkara, pastinya anda bertanggung jawab tentangnya. Menggunakan perkataan “bertanggung jawab kepada…” ini kelihatan tidak menarik kerana kurang efektif dan anda tidak serius dengannya. Sebagai contoh, “bertanggung jawab kepada rekaan senibina menara Kuala Lumpur” tidak memberikan impak berbanding “mereka senibina menara Kuala Lumpur”. Perkataan ini tidak akan menambah nilai kepada pencapaian anda. 2. Format yang pelik. Menggunakan tulisan yang bersimpul seperti rekaan kad kahwin memang tidak sesuai. Atau paling kurang anda meletakkan font dengan gaya tulisan ko...