Kenapa penemuduga tanya soalan berulang???



Salam sejahtera,

Mungkin anda  ada pengalaman
menghadiri banyak temuduga.
Salah satu daripada penemuduga
tersebut ada memberikan soalan
yang seakan-akan sudah
ditanya sebelum ini.

Anda  rasa mengapa?

Kita tinggalkan dahulu persoalan
tersebut dan lihat pada 3 lagi
kategori temuduga yang anda
perlu ambil tahu.


4. Temuduga rasmi atau tidak rasmi

Sesetengah temuduga akan berjalan
dengan formal atau tidak formal.
Soalan  ditanyakan hanya
berkisar tentang minat anda.

Penting untuk anda ingat bahawa
penilaian sentiasa berjalan dan topik
yang dibincangkan haruslah bersih.


5. Temuduga sekuel

Sebahagian temuduga beralih kepada
penemuduga yang berbeza. Setiap
dari mereka mempunyai set ujian
kompetensi yang berlainan.

Sekiranya anda ditanyakan
soalan yang sama, pastikan jawapan
yang diberikan sama panjang
seperti jawapan terdahulu.


6. Temuduga makan tengahari atau makan malam

Ini bukan sekadar ajak untuk makan
semata-mata. Anda perlu waspada
kerana bakal majikan bukan sahaja
mahu menilai sikap tetapi adab anda
semasa di meja makan.

Sentiasa bersiap sedia supaya
Anda dapat menjawab
sebarang soalan yang diajukan
tanpa mengabaikan makanan
yang ada di atas meja.


7. Temuduga kedua

Tahniah, anda sudah lulus temuduga
yang pertama! Jadi temuduga kedua
ini tidak boleh dipandang rendah
kerana lebih sukar untuk
menghadapinya.

Anda buatlah persiapan yang
sama seperti temuduga yang
pertama.

Anda akan ditanya mengenai
bayaran gaji, bonus dan cuti. Semua
perkara ini perlu anda
bincangkan dengan bakal
majikan.

Anda boleh mendapatkan
panduan temuduga  kerja yang
dapat membantu anda
untuk persiapan temuduga.

Dengan panduan ini, persiapan
Temuduga anda akan
menjadi lebih mudah :




Semoga Berjaya…





Comments

Popular Posts