KELEMAHAN TELEFILM KONTROVERSI 2020 "DAULAT™

Kelemahan filem Daulat (2020)

- Tak ada konsep "Show, don't tell".
- Terlalu memaksa realpolitik itu apa, tapi tak tunjuk dalam lakonan.
- Terlalu memberatkan drama, politik hanya sampingan.
- Terlalu memaksa nak bawa ideologi filem sampai plot terabai.
- Dialog terabur

Apa dia "Show, don't tell" ini?

Saya bagi contoh filem The Joker. Bukan nak buat perbandingan, tetapi nak beritahu konsep. Nak buat banding pun tak sesuai sebab berlainan genre.

The Joker tak perlu beritahu mesej-mesej dalam filem tersebut. Penonton sendiri yang akan beritahu The Joker menyampaikan mesej tentang peyakit mental, penindasan masyarakat, stigma masyarakat, korupsi elitis, dan lain-lain. Filem The Joker cuma "show", penonton sendiri yang akan "tell". 

Contoh lain ialah House of Cards. Tengok musim pertama cukuplah macam mana Frank Underwood tak "tell" pun penonton apa kena buat, apa rancangan. Dia "show" terus. 

Kita tahu Frank cuba nak jatuhkan Michael Kern. Kita dah boleh agak. Macam mana dia jatuhkan Kern dia tak "tell". Dia "show". Dia komplot dengan media, satu-satu rancangan dia "execute". Dia tak "tell" satu-satu apa kena buat.

Macam mana dia gantikan Catherine dengan Kern. Mungkin kita tak jangka Frank nak gantikan Catherine dengan Kern. Dia tak "tell". Macam mana Frank nak naikkan Catherine pun dia "show". Minta media tulis pasal Catherine. Dia tak beritahu kena buat apa, kenapa macam itu macam ini.

Ini baru realpolitik ditunjuk dengan baik.

Daulat pula dari awal filem sampai ke habis main dengan "tell" apa itu realpolitik, politik nak kena bertindak macam mana, siap tunjuk graf teorem bagai. Babak paling membazir dalam daulat ialah babak mesyuarat yang satu-satunya babak nak beritahu Suri ini Machiavellian-lah kononnya.

Ini filem, main dengan visual. Ini bukan novel dan karangan. Ini juga bukan syarahan. Ini filem. Kita "show" apa idea dan mesej yang kita nak sampaikan. Bukan "tell" penonton itu apa, ini apa, apa nak kena buat. Ini kegagalan Daulat paling besar.

Daulat memaksa untuk sampaikan mesej. Terlalu pentingkan ideologi realpolitik sampaikan "show" terabai. Plot habislah barai sebab terlalu pentingkan ideologi. Plot dan cerita datang dulu, baru kita sembang ideologi.

Kalau terlalu pentingkan mesej, dia akan jadi memaksa. Itu nampak Daulat terlalu "try hard" nak nampak realpolitik, tapi hampeh.

Biasanya pengarah filem yang buat macam ini sering menganggap penonton tidak mempunyai kefahaman yang tinggi untuk faham mesej. Takut penonton tidak cukup cerdik untuk faham mesej.

Yang ironinnya, banyak filem hebat-hebat dari luar bukan main ramai rakyat Malaysia yang faham dan berpuas hati. Sampai ke buat filem tempatan, bagi alasan takut penonton tak faham.

Daulat bergenre politik-thriller. Tapi banyak gila drama yang tak perlu. Politik macam sampingan saja. Konflik nak bayar rawatan ayah la, konflik suami isteri la, konflik ada hubungan dengan orang lain, konflik perniagaan - benda ini semua lebih kuat menonjol daripada politik. Babak politik pula banyak bersyarah, "Kita kena buat macam ini, kita tak perlu buat macam itu."

Sebab itu saya cakap Daulat ini tak jauh beza pun dengan drama-drama Melayu yang lain. Cuma tambah rencah politik saja sikit. Watak yang dilakonkan pun nampak tak begitu realisitik. 

Ramai orang "hype" sangat sampai bagi markah 10/10 ini sebab Daulat ini filem nadir (genre politik, walaupu lebih kepada drama sebenarnya) dan ceritanya pula nak dekat sama macam politik di Malaysia. Ataupun taksub dengan politik kepartian.

Saya bagi 3/10

Kalau Machiavelli hidup balik, dia menangis tengok Daulat. Dia tak mengaku Suri "umat" dia.

Nak faham realpolitik yang sebenar? Bacalah The Prince dalam bahasa Melayu. Boleh muat turun pada pautan di bawah;

https://www.academia.edu/41671244/Sang_Penguasa_Oleh_Niccolo_Machiavelli?fbclid=IwAR2zaxXWwaijONs2I9KnbkiYsLPGj4jmlYBdUdeWhJNmZbHK8iAHEUPpS_s

KREDIT: Zamir Mohyedin

Comments

Popular Posts