Listing Saham Terkurang Nilai

BERBALOI KE BELAJAR TRADING METHOD YANG SIMPLE?

"Ishhh.. Jangan belajar dengan si fulan. Dia ajar basic je"

Hasutan macam ni memang biasa kita dengar. Benarlah kata para hukama', orang yang mencari guru yang salah akan mendapat ilmu yang salah juga.

Orang yang bercakap macam ni, akan menanam dalam pemikiran kita bahawa method atau trading strategy adalah segala-galanya dalam trading.

Seolah-olah satu claim yang wujudnya teknik holy grail yang takkan rugi.

Sedangkan semua super trader seluruh dunia tekankan tentang psikologi & emosi. Teknik atau method hanya contribute sikit je terhadap kejayaan dalam trading.

Saya pernah jumpa orang yang guna setup yang sangat basic. Kau pun takkan percaya betul ke boleh untung guna teknik ni?

Tapi orang ni betul-betul percaya kepada teknik yang simple tu. Berpegang teguh kepada money management & mindset. Dia buat berpuluh kali ganda keuntungan hanya dengan teknik simple.

Sedang kita yang sembang kari sampai indicators penuh tutup chart. Belum tentu buat duit.

Kembalilah ke pangkal jalan. Method penting, namun masih tak mampu mendominasi faktor psikologi.

Keep it simple & sweet. KISS!

Setuju?

Comments

Popular Posts