Keadaan Terkini Market Crypto??

 Marketcap crypto menunjukkan peningkatan sejak seminggu lepas, harga emas menurun, harga minyak dunia pula masi sekitar aras $100. BTC dominance masih bermain sekitar 42-43%.

Marketcap crypto naik petanda bahawa pelabur mungkin dah mula masuk market crypto semula. Krisis cefi defi dah mula nampak jalan keluar dengan bail out oleh Binance dan FTX.
Harga emas yang menurun mungkin petanda yang pelabur dah mula dump aset safe haven dan mula masuk melabur dalam aktiviti industri. Aktiviti ekonomi di US mungkin masih huru-hara, tapi China dah mula tempah kapal komersial Airbus dengan nilai sekitar $37Bil untuk support industri penerbangan di China. China sendiri mempunyai pembuat kapal terbang, tetapi mereka masih tempah kapal dengan Airbus, selain strategy dari segi eko-politik, tempahan kapal yang banyak yang juga mungkin petanda China expect aktiviti ekonomi di China dah akan mula pulih tak lama lagi.




Harga minyak yang masih tinggi bagi saya juga mungkin petanda untuk global recession adalah rendah. Jika melibatkan global recession, harga minyak sepatutnya akan jatuh teruk kerana permintaan/aktiviti industri dan ekonomi akan slow.

Dengan US mid term election semakin hampir, lakanon QT quantitative tighthening yang konon nak kurangkan balance sheet Fed bermula June 1 tetapi setakat ni nampak macam masih tiada sebarang perubahan yang ketara(balance sheet boleh cek di link bawah), dan prediction yang interest rate mungkin tak akan naik sebanyak yang Fed canang tu semua mungkin memberi sedikit sinar harapan kepada market US. https://www.federalreserve.gov/monetarypolicy/bst_fedsbalancesheet.htm




Strategi naikkan interest rate untuk lawan inflasi susah nak teruskan ketika ini bagi saya. Jika tahun 80an dulu Fed berani naikkan interest rate hingga atas 10% tu kira logik lagi, hutang US masa tu baru berapa sahaja. Beza saiz hutang hampir 6 kali ganda antara 80an dengan sekarang ni. Non stop USD printing, dengan hutang US yang tinggi, jika Fed naikkan interest rate tinggi/aggresif sangat, maka beban kewangan US sendiri juga akan berat. Kita tengok sejauh mana Jerome Powell berani naikkan interest rate nanti.
Btw, macam biasa, small rally ketika ini mungkin just hanya normal P&D rally sementara tunggu result june CPI report keluar minggu depan(13hb July).
Apa-apa pun, market bukan kita punya. Market ni US yang punya😬😬Kita tunggu next CPI report macam mana, dan apa keputusan interest rate Jerome Powell lepas meeting hujung bulan ni nanti. 2022 = Fast Game😬 Penulisan sekadar pendapat peribadi sahaja. Bukan nasihat kewangan. DYOR.NFA.

CREDIT: https://www.facebook.com/Bossku-CryptoVerse-3315950049


REGISTER HOUBI GLOBAL SEKARANG UNTUK MENEBUS 700 USDT:


Comments

Popular Posts