101 Idea Channel Youtube/Tiktok atau Media Sosial Lain.

 

Ada beberapa soalan asas sebelum kita merancang apakah jenis channel yang akan dibina.


1) Adakah memerlukan personaliti atau tidak (faceless)

2) Adakah perlu keluar rumah atau tidak

3) Adakah memerlukan kos yang tinggi atau tidak

4) Adakah anda seorang pro dalam bidang tersebut atau anda sebagai newbie yang mencuba.

5) Adakah anda bercakap atau tidak bercakap (guna bahasa tangan yang mudah)





1) Adakah memerlukan personaliti atau tidak (faceless)



Jika anda jenis yang mempunyai personaliti yang menarik dan suka masuk di dalam video, isu ini tidak menjadi masalah.


Personaliti yang menarik tidak semestinya hensem/cantik/lawa seperti Taylor Smith atau Chris Hemsworth.

\
Personaliti yang menarik juga boleh membawa maksud rupa yg biasa-biasa tapi mempunyai pertuturan yang jelas dan humble dan mudah untuk diikuti oleh penonton dan berpakaian yang presentable.


bagi yang betul-betul tak mahu masuk dalam video, anda boleh buat channel:

1) Tanpamuka (Faceless) sepenuhnya
- langsung tak kelihatan rupa anda. hanya suara sahaja atau hanya tulisan 'subtitle' sahaja.

2) Hanya tunjukkan rupa anda samada secara sekejap atau hanya gambar sahaja di akhir video. Sebaik-baiknya jangan memakai mas





2) Adakah perlu keluar rumah atau tidak


Isu ini penting. Ramai orang yang mempunyai komitmen di dalam rumah seperti surirumah dengan anak kecil, atau memang jenis yang tidak suka berjalan keluar.

Untuk membuat video di khalayak ramai bukanlah mudah. Hatta bagi youtuber yang otai pun, bila berada di tempat yang sesak dengan orangramai, mereka juga tidak selesa.

Anda boleh memilih untuk membuat video channel yang diambil di satu ruang khas di dalam rumah atau di dalam bilik anda sendiri.  







3) Adakah memerlukan kos yang tinggi atau tidak untuk penghasilan setiap video



Video yang melibatkan contohnya berjalan ke hotel dan kawasan pelancongan sudah pastilah memerlukan belanja yang besar.



Contoh lain kos tinggi, video yang memerlukan drone atau video yang melibatkan hobi dengan gajet atau peralatan yang mahal.



Secara amnya channel yang memerlukan anda keluar dari rumah sudah pastilah kosnya lebih tinggi dari channel yang boleh dibuat di dalam rumah sendiri sahaja. 




4) Adakah anda seorang pro dalam bidang tersebut atau anda sebagai newbie yang mencuba.


Jika anda sudah terlibat dengan bidang contohnya bengkel kereta selama 10 tahun, sudah pastilah anda mudah untuk membuat video berkenaan hal ehwal repair kereta.



Tetapi jika anda tiada kemahiran apa-apa tapi mencuba sebagai newbie, anda boleh jadikan pengalaman dari mula seperti 'realiti tv'. Anda boleh dokumenkan dari mula proses merancang, mencuba, gagal, mencuba lagi cara lain sehinggalah berjaya.



Contohnya jika anda minat membuat bunga origami tapi masih baru, kesemua pengalaman anda dari A-Z boleh di dokumentasikan menjadi seperti diari kisah permulaan.  




5) Adakah anda bercakap atau tidak bercakap (guna bahasa tangan yang mudah)



Jika anda bercakap, penonton tertakluk kepada mereka yang faham bahasa anda sahaja. Jika anda tidak bercakap, sebaliknya menggunakan bahasa tangan yang mudah, penonton boleh datang dari seluruh pelosok dunia dari semua bahasa (8 billion potential viewers)



Contoh: Khaby Lame di tiktok. Bila ditanya apa rahsia kejayaan beliau, jawabnya beliau tidak bercakap, sebaliknya hanya guna bahasa tangan mudah dan mimik muka sahaja.





Khaby Lame dengan 160 juta subs-Just sit and talk
https://vt.tiktok.com/ZSNf1MxEW/





Contoh Niche/Topik Cadangan:

1) Merakam video makanan di jalanan. Terutama sekali kalau masakan di buat di luar premis.




Contoh: Makan Garuda Studio
- kegemaran beliau adalah mee goreng & merakam mamak/peniaga di tepi jalan dan juga restoran.
https://www.youtube.com/@makangarudastudio




2) Masak sendiri

Salah satu kelebihan besar channel resepi masakan, ianya adalah 'evergreen' maksudnya kontent kekal relevan selama-lamanya. Sekali anda buat video boleh di tonton selamanya.

berbanding dengan video lain yang 'time sensitive' contohnya ''kunjungan di pesta flora abc pada jun 202x'', video tersebut hanya mendapat perhatian pada waktu itu sahaja. pada bulan dan tahun seterusnya, video tidak lagi relevan.

Channel Che Nom tidak perlu diperkenalkan lagi dengan hampir 2 juta subscribers
https://www.youtube.com/@CheNom 



Chef SABRI juga banyak berkongsi tentang ilmu masakan dan salah satu Resepi Mee Goreng Special




Lihat pautan:


Black Peeper  Mushroom 🍄  sauce:












Pada waktu covid dahulu, semua orang di dunia susah utk keluar rumah dan membuat konten. 

Tapi bagi pemilik binatang kesayangan seperti kucing, anjing, sugar glider dll, mereka tetap boleh meneruskan penghasilan video sebab konten ada didalam rumah sendiri.



Contohnya channel Kittisaurus dgn hmpir 3 juta subscribers
https://www.youtube.com/@Kittisaurus  































6) Review Makanan

Antara pelopor awal channel review makanan adalah Mark Wiens.

Mark Wiens - hampir 10 juta subscribers
https://www.youtube.com/@MarkWiens

Di Malaysia ada banyak channel yg review makanan, termasuklah abang Padubeb, Warong hunter dll.

Padubeb - hampir setengah juta subscribers
https://www.youtube.com/@PaduBeb  









Di malaysia, saya suka 3 channel

1) Zahariz - dengan basikal aku menjelajah
https://www.youtube.com/@ZaharizKhuzaimah

2) Shamoes
https://www.youtube.com/@syamoes

3) Amir Arshad - backpacking dengan basikal
https://www.youtube.com/@AmirArsad  

























Bermula dengan membincangkan tajuk emas & perak, beliau akhirnya meluaskan skop kepada ekonomi terutama berkenaan Amerika, Kesatuan Eropah dan ekonomi dunia secara amnya.  





14) Nasihat, Quote, Kata-kata Hikmat, Motivasi

Kelebihan utama channel jenis ini, kebanyakan nasihat/quote tidak dimiliki oleh sesiapa dan tiada trademark. anda boleh menulis kata2 nasihat dengan memberikan juga siapa pencipta/penulis asalnya.

Contoh quote dari:
- Pemikir / ahli falsafah dunia
- Nabi, Rasul dan pelopor agama.
- Cendikiawan akademik
- Ahli Perniagaan berjaya
- Selebriti berjaya dll.

Contoh favourite saya adalah quote dari Mike Tyson - 'Everyone has a plan until they get punched in the face'.. thehe..



Dapatkan footage 'stock foto' atau 'stock video' supaya video anda tidak membosankan. Kalau anda boleh berikan ulasan berdasarkan pengalaman sendiri, sudah pastilah channel akan melonjak naik lagi cepat. 



15) Eksperimen


Ada beberapa channel experiment favorit saya.

a) Night Hawk In Light - 2 juta subs.
https://www.youtube.com/@Nighthawkinlight

Eksperiment beliau banyak melibatkan persoalan sains atau penerangan bagaimana sesuatu fenomena sains berlaku. Nampak seperti beliau bekerja secara solo.




b) Veritasium - 14 juta subs
https://www.youtube.com/@veritasium

experiment beliau ala2 siri TV. memang professional dan dibuat oleh team beliau sendiri




16) Ulasan Buku, Ulasan Drama, Ulasan Filem, Ulasan siri Netflix

Kelebihan channel seperti ini, mereka boleh membuat ulasan kesemua beribu2 filem baru dan lama yang pernah diterbitkan. Mereka akan ambil snapshot pendek2 (untuk mengelakkan copyright isu) dan membuat skrip ringkasan tersendiri.


Saya suka channel seperti ini sebab kita boleh dapatkan gambaran kasar dlm 10-15 minit berkenaan sesebuah filem atau siri netflix sebelum menontonnya. Tetapi ramai juga yg tak suka spoiler mcm ni sebab menganggu keseronokan beliau ketika menonton (anti-klimaks)


My fav adalah Movie Recap - 2 juta subs
https://www.youtube.com/@movierecapsofficial


Dalam konteks Malaysia, saya belum jumpa channel yg fokus kepada niche ini iaitu filem tempatan terutama yg berbahasa melayu.  




Bagi bidang muzik contoh seperti Music Bliss ada banyak membuat review tentang gadget atau pedal guitar yg moden dan terbaru untuk dicuba

Lihat pautan di bawah:




17) Review tentang Mainan Toys/Hotwheel dan Die Cast Car
 

Bagi collector tegar Hot Wheel Youtube juga salah 1 platform untuk review sebarang koleksi hak milik mereka 


Hot Wheels ialah model kereta miniatur atau lebih mudah dipanggil diecast. Sebenarnya ada banyak model diecast di pasaran seperti Matchbox, rmz city, Tomica,Majorette dan lain2... tapi Hot Wheels berada pada kelasnya yang tersendiri.



Sejarah Hot Wheels sangat panjang kerana ianya telah berada di pasaran sejak tahun 1968. Hot Wheels diperkenalkan oleh syarikat Mattel selepas ibu bapa mengadu syarikat itu tiada produk mainan untuk anak lelaki. 


Untuk makluman, Mattel ialah syarikat yang menghasilkan mainan patung Barbie yang terkenal untuk kanak-kanak perempuan sejak 1959. 


Sejak dilancarkan Hot Wheels mula terkenal sebagai permainan yang digemari kanak-kanak lelaki dan juga menjadi koleksi yang dicari oleh lelaki dewasa. 



Hot Wheels juga sering mengeluarkan siri khas seperti Batman, JOKER SHAKER The Joker Edition, Superhero Marvel dan sebagainya.







Contoh pautan Mini Toys Osem:



Contoh pautan Majorette Chocolate Factory:


CREDIT: Linkman 
 







@zam_walla Volkswagen T1 Majorette X The Chocolate Factory #majorettecar #majorettemalaysia #walla_shoppe ♬ original sound - walla_shoppe


@sinar_my Lagu Hukum Karma dengan Pawana pun Dato’ @mnasirmohamed nyanyi tau masa Konsert Gendang Pati hari tu! 🔥🙌🏻 #SINARKongsi #GendangPatiKL #hukumkarma #pawana #fypシ #xyzbca #fypシ゚viral ♬ original sound - SINAR

Comments

Popular Posts