Posts

Showing posts from January, 2025

Ikan bekok pembuka selera

Image
Ramai juga yang tertanya-tanya mengapa dipanggil ikan bekok atau ike bekok bagi merujuk kepada ikan yang diproses hasil rendaman bersama garam semalaman sebelum dijemur selama empat jam di bawah sinar matahari. Ikan bekok dihasilkan daripada pelbagai jenis ikan, namum paling mendapat permintaan ialah ikan bekok gelama, ikan bekok cencara atau ikan bekok konge dan ikan bekok kerisi. Dengan kata lain, ikan bekok bukan sejanis atau spesis ikan, tetapi ikan yang telah diproses. Ikan masin makan dengan nasi panas, memang ‘padu’ dan menambahkan selera. Bayangkan penulis begitu berselera menikmati ikan bekok yang terdiri daripada ikan gelama dengan nasi panas semata-mata hingga tidak mempedulikan lauk-pauk lain di depan mata. Jika nasi ditambah dengan kicap lemak masin, keenakannya sukar diucap dengan kata-kata. Begitulah penangan ikan bekok yang begitu popular dalam kalangan penduduk Kelantan terutamanya di Tumpat. Ikan bekok atau sebutan sebenarnya bengkak rasanya seperti ikan masin, te...