FACEBOOK CONTENT MONETIZATION

Content monetization di Facebook merujuk kepada proses menjana pendapatan melalui kandungan yang anda hasilkan dan siarkan di platform tersebut. Facebook menyediakan beberapa kaedah untuk pengewangan seperti:

  1. Iklan In-Stream (In-Stream Ads): Iklan pendek yang diselitkan dalam video yang dimuat naik. Sesuai untuk video berdurasi lebih daripada 1 minit.

  2. Langganan Peminat (Fan Subscriptions): Peminat membayar yuran bulanan untuk akses kepada kandungan eksklusif.

  3. Bintang Facebook (Facebook Stars): Peminat membeli dan menghantar bintang semasa siaran langsung; bintang tersebut boleh ditukar kepada wang.

  4. Kolaborasi Jenama (Brand Collabs): Pencipta kandungan bekerjasama dengan jenama untuk promosi berbayar.



Untuk layak, anda perlu mematuhi syarat kelayakan monetisasi Facebook seperti jumlah pengikut minimum, tontonan video yang mencukupi, serta mematuhi Dasar Pengewangan Kandungan.



Berikut adalah langkah dan strategi terbaik untuk memaksimumkan pengewangan kandungan di Facebook:


✅ 1. Penuhi Syarat Kelayakan

  • Halaman (Page) bukan akaun peribadi.

  • 10,000 pengikut (untuk iklan in-stream).

  • 600,000 minit tontonan dalam 60 hari terakhir (untuk video).

  • Tiada pelanggaran terhadap Dasar Pengewangan Kandungan.





✅ 2. Fokus pada Kandungan Video Berkualiti

  • Buat video berdurasi 3 minit ke atas (untuk iklan in-stream).

  • Gunakan hook kuat 3–5 saat pertama untuk tarik perhatian.

  • Guna audio jernih, visual terang, dan edit kemas.






✅ 3. Konsisten dan Jadualkan Siaran

  • Hantar kandungan secara konsisten (contoh: 3–5 kali seminggu).

  • Gunakan Facebook Creator Studio untuk jadualkan siaran.





✅ 4. Gunakan Pelbagai Kaedah Monetisasi

  • Iklan In-Stream untuk video.

  • Facebook Stars semasa Live.

  • Fan Subscriptions untuk konten eksklusif.

  • Brand Collabs Manager untuk kerjasama berbayar.






✅ 5. Libatkan Penonton

  • Balas komen dan mesej.

  • Buat siaran langsung (Live) secara berkala.

  • Galakkan penonton kongsi, komen dan tag rakan.





✅ 6. Pantau Prestasi

  • Gunakan Insight di Creator Studio untuk analisis tontonan, minat penonton dan prestasi video.

  • Baiki berdasarkan data – tajuk, thumbnail, durasi, waktu siaran.







Nasihat pada mereka yang dah berjaya dapatkan Content Monetize.


1. Jangan langgar peraturan FB. Antaranya berkongsi maklumat peribadi orang lain (contohnya ic orang walau tujuan nak cari waris atau pemilik), sentuh isu sensitif, komen perkataan yang dah digazetkan sebagai menghina seperti 'ind*n', 'b*b*' dan sebagainya.


2. Sebaik melanggar peraturan FB, acc anda akan disekat dari menjana sebarang income. Sekatan mungkin berlarutan sampai 3-4 bulan.


3. Jangan ciplak video orang lain terutamanya yang ada watermark. Buat benda ni pun kemungkinan besar akan ditarik semula CM tu.


4. Boleh pilih muzik viral dari artis-artis ternama, namun akan berkongsi royalty dengan mereka. Tak nak kongsi royalty, ada pilihan lagu 'royalty free'.


5. Jangan anggap ianya adalah income tetap. Jangan sesekali anggap begitu. Katakan baru 3-4 bulan dapat generate konsisten purata RM1000 sebulan, dah gatal tangan pergi beli kereta ikat 9 tahun bayar RM800 sebulan.


6. Content Monetize ni boleh ditarik bila-bila masa sahaja. Acc anda boleh disekat, diban, dihack juga. Bahkan bayaran akan datang mungkin lebih rendah dari apa yang kalian terima sekarang. Sekarang mereka bayar lebih untuk galakkan ramai datang ke FB. Sebaik dah capai target mereka, bayaran untuk setiap content diturunkan.


7. Income dari CM tu declare sahaja LHDN. Jangan sorok, jangan tipu. Kena dengan LHDN, menyesal tak sudah. Penalty dia tinggi weh. Kalau income bawah RM40k setahun, tak kena cukai pun. Sebab tu ruangan nombor TIN memang aku tak galakkan letak nombor ic, letak sahaja nombor cukai yang betul.


8. Apa jua income dari FB, anggap sebagai bonus sahaja. Jangan sampai berhenti kerja lain fokus nak bina content semata-mata. Benda ni tak kekal.


9. Belajar dari kejatuhan ramai Tiktokers yang dulu gilang gemilang boleh dapat income puluhan ribu sebulan sampai berhenti kerja hakiki. Sekarang ramai yang tumbang, acc kena permanently delete, income tak sampai RM1k sebulan.


10. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Akan ada je orang sindir, mengata kat belakang kita. Mereka berkata di belakang kita kerana kita di depan mereka. Usah buang masa dan tenaga pergi undur ke belakang melayan mereka.



Comments

Popular Posts