Sunday, 12 April 2026

KALAU MALAYSIA DISERANG EMP: APA AKAN BERLAKU DALAM 24 JAM PERTAMA ...

Hari itu bermula seperti biasa. Orang bangun pagi, gosok gigi, buka telefon, semak WhatsApp. Tiba2 semuanya padam. Telefon, Radio, ATM tak berfungsi. Di jalan raya, lampu isyarat semua mati. Kereta moden berhenti di tengah jalan. Tiada siapa faham apa sedang berlaku.


Inilah detik pertama selepas serangan EMP ke atas Malaysia. Satu denyutan elektromagnet yang melumpuhkan seluruh grid elektrik dan peranti elektronik di kawasan yang terjejas. la tidak berbunyi, tidak meletup, tapi kesannya menyeluruh. Dalam 30 saat pertama, sistem komunikasi negara jadi kosong.



Di hospital, peralatan pembedahan berhenti. Bekalan oksigen tergendala. Penapis udara di ICU mati. Mesin dialisis beku. Staf perubatan panik. Tiada panggilan boleh dibuat ke jabatan lain. Lif tak berfungsi. Bayi dalam inkubator tiada pendingin. Jururawat cuba guna lampu suluh, tapi semuanya bergantung pada bateri yang juga rosak.



Di lapangan terbang, menara kawalan hilang semua radar. Sistem navigasi lumpuh. Kapal terbang yang sedang dalam penerbangan tidak tahu arah. Juruterbang cuba hubungi pusat kawalan, tapi radio juga senyap. Beberapa pesawat diarahkan berpatah balik atau kekal di udara, menunggu isyarat yang tak kunjung datang. Bank seluruh negara tutup. ATM kosong. Sistem transaksi lumpuh, Orang ramai mula panik, tidak boleh keluarkan duit, e-wallet hilang, tidak dapat mengakses sistem pembayaran, jual beli lumpuh sepenuhnya.



Dalam rumah, internet, Wi-Fi, hilang, TV hanya menayangkan skrin hitam. HP tidak boleh dicas. Powerbank juga.Orang2 pada ketika itu masih tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mereka cuma tahu satu benda tidak berfungsi.



Dalam balai polis dan pusat pertahanan, sistem komunikasi dua hala tidak aktif. CCTV padam. Pintu automatik tidak boleh dibuka. Anggota cuba guna walkie-talkie lama, tapi jangkauan terhad. Perintah tidak sampai. Koordinasi huru-hara. Tiada siapa tahu sama ada ini sabotaj, serangan asing, atau bencana semula jadi.







Di kawasan luar bandar, situasi lebih buruk. Kedai runcit tak tahu harga barang kerana mesin kira rosak. Penduduk mula beli beras, telur, air botol dalam jumlah banyak. Panik mula merebak. Ada yang sangka blackout. Ada yang kata kiamat teknologi sudah tiba.

Dalam masa enam jam, lori bekalan makanan tergendala. GPS tidak berfungsi.


Sistem logistik tidak tahu lokasi. Pusat gudang tak tahu siapa patut dihantar dahulu. Bekalan makanan mula tersangkut. Dan bila makanan lambat, emosi jadi pendek. Pergaduhan kecil mula tercetus di beberapa tempat.


Di kilang-kilang, mesin pengeluaran berhenti. Sistem pendingin beku bekuan makanan mati. Daging mula rosak. Ais dalam stor cair. Dalam masa 12 jam, kerugian makanan meningkat. Dan dalam 24 jam, ia mula terbuang. Pembaziran berlaku dalam keadaan orang sedang lapar.


Di sekolah dan universiti, pelajar dihantar pulang. Tapi ibu bapa tidak dapat dihubungi. Jalan raya sesak kerana lampu isyarat mati. Polis trafik cuba kawal aliran, tapi kurang tenaga kerja dan tiada maklumat waktu sebenar. Segalanya jadi perlahan, panas, dan tegang.


Di media sosial, tiada siapa boleh pos apa-apa. Tiada yang tahu berita rasmi. Dalam suasana itu, khabar angin mula tersebar dari mulut ke mulut. Ada kata ini kerja kuasa besar. Ada kata musuh sudah mendarat. Ada yang kata kerajaan tumbang. Dan bila maklumat tak sahih masuk, panik jadi lebih parah.


Menjelang malam, seluruh negara gelap. Tiada lampu jalan. Rumah-rumah gelita. Anak menangis. Orang tua berpeluh. Pendingin udara mati. Peti ais berhenti. Dan pada waktu itulah, kita sedar — betapa bergantungnya hidup moden kepada teknologi yang tidak kita nampak tapi kita guna setiap saat.


Dlm 24 jam pertama, Malaysia lumpuh tanpa satu pun bom dijatuhkan. Tiada satu peluru ditembak. Tapi denyutan yang tidak kelihatan telah hentikan negara.



Apa yang kita anggap moden dan canggih, hilang dalam satu detik. Dan yang tinggal hanyalah manusia yang sedang belajar bertahan.


MasyaAllah. Beginilah rupa dunia yang terlalu selesa dalam teknologi bila yang halus dan sunyi datang menyapa, barulah kita kenal apa itu rapuh. EMP bukan serangan masa depan. Ia mungkin sudah berada dalam senarai senjata yang hanya tunggu masa untuk dilepaskan. 

Wallahualam....


Kredit: Mazlan Syafie





No comments:

Post a Comment

KALAU MALAYSIA DISERANG EMP: APA AKAN BERLAKU DALAM 24 JAM PERTAMA ...

Hari itu bermula seperti biasa. Orang bangun pagi, gosok gigi, buka telefon, semak WhatsApp. Tiba2 semuanya padam. Telefon, Radio, ATM tak b...