THE POWER OF SEDEKAH


Ramai orang yang memiliki pendapatan yang lumayan, namun selalu merasa tidak cukup.
Bahkan perbelanjaan mereka lebih besar dari pendapatan yang mereka dapat.
Mungkin ada di antara kita pernah merasakan demikian. Mungkinkah sedekah yang kita keluarkan terlalu sedikit?



Surah Al An’am ayat 160,
Allah menjanjikan akan melipat gandakan pahala sampai 10 kali lipat bagi mereka yang berbuat kebaikan.
Jadi sebaiknya kita tak perlu ragu atau was was untuk memberikan,sebahagian daripada pendapatan kita kepada mereka yang memerlukan.
Diandaikan kebaikkan sedekah ini,
Bersamaan 1 + 1 = 10.
Banyak kejadian dibalik fenomena sedekah ini
Jangan sesekali kita merasa ragu dan bimbang. Jesteru pada hari JUMAAT yang mulai ini.Sudahkah anda bersedekah?Jangan tunggu bila ada wang baru hendak bersedekah.








Cuba lakukan walaupun sedikit,
RM 1 misalnya. Anda amalkan didalam kehidupan sehari-hari dan berniat dalam sehari saya harus mengeluarkan derma sebesar RM 1.00.
Insya Allah lama-lama anda akan biasa dan merasa tidak selesa jIka sehari saja anda tidak bersedekah RM 1.00 percayalah.
Setelah dengan bermula dengan nilai
RM 1.00 anda rasa ketagihan, tingkatkan ke RM 10.00 pula begitu juga seterusnya, sampailah anda tidak akan merasa bosan untuk bersedekah dengan nilai seberapa pun di setiap hari.
Maka sampai satu saat keajaiban pasti akan menghampiri anda tanpa ada sebarang HALANGAN sedikitpun.


TIDAK PERCAYA???
ANDA MULA DARI SEKARANG DAN ANDA AKAN RASA NIKMATNYA.

Comments

Popular Posts