Kes Positif COVID-19 Mengikut Negeri (setakat 2 Mei 2020)

Susulan lengkung yang telah diratakan, hospital KKM kini mempunyai lebih banyak kapasiti dalam merawat lebih ramai pesakit COVID-19, sekiranya  diperlukan.

Misalnya, kadar keseluruhan bagi penggunaan katil di 40 buah 
hospital yang dikhususkan bagi perawatan #COVID19 dan 26 pusat rawatan COVID-19 berisiko rendah (hospital extension centres) adalah 17%. 

Selain itu, kadar penggunaan bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dikhususkan untuk pesakit disyaki dan disahkan positif COVID-19 adalah 7% (iaitu 31 buah daripada jumlah 422 buah). Penggunaan alat bantuan pernafasan (ventilator) pula adalah hanya 1% (iaitu 12 buah daripada jumlah 1,059 buah).



Kes Positif Mengikut Negeri (setakat 2 Mei 2020)

Daripada 105 kes baharu dilaporkan pada hari ini, 63 adalah dari Selangor manakala 14 pula dari Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor dan Sarawak adalah negeri lain yang turut melaporkan kes baharu.

Pihak KKM ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pandemik COVID-19 ini belum berakhir. Orang ramai diminta untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu yang disarankan. Amalan seperti penjarakan sosial dan juga penjagaan kebersihan diri perlu diteruskan.

Kes sembuh dunia telah melebihi 1 juta kes iaitu kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan kes dunia

Amerika Syarikat kekal dengan jangkitan COVID-19 yang tertinggi di dunia iaitu 33% daripada jumlah kes dunia atau 1,103,781 kes.


Terdapat 4 negara dengan kes harian melebihi 5 ribu iaitu Amerika Syarikat (36,007), Rusia (7,933), Brazil (6,410) dan Britian(6,201)

Patuhi nasihat KKM dan kekalkan langkah pencegahan COVID-19.

#StrongerTogether
#StayAtHome
#KitaJagaKita
#KitaTeguhKitaMenang
#kitamestimenang
#covid19malaysia
#breakthechain

- CPRC KKM



Comments

Popular Posts