Coklat Ala DUBAI Bahaya?
London: Coklat ala Dubai yang semakin popular di United Kingdom mencetuskan kebimbangan serius apabila didapati tidak mematuhi undang-undang pelabelan makanan, sekali gus mengancam kesihatan pengguna, terutama penghidap alahan.
Amaran itu susulan penemuan beberapa produk yang berisiko terhadap pengguna yang mempunyai alahan.
Produk-produk yang diimport itu mungkin tidak bertujuan untuk dijual di United Kingdom (UK) dan tidak mematuhi undang-undang pelabelan makanan UK yang bermakna kandungan alergen mungkin tidak dilabel dengan tepat.

Sesetengah produk juga mungkin mengandungi bahan tambahan dan pewarna yang diharamkan di pasaran UK.
Satu siasatan sedang dijalankan dengan pihak FSA sedang menyemak dan mengambil sampel produk terbabit bagi menilai sejauh mana isu itu merebak.
Mereka juga bekerjasama dengan pertubuhan berkaitan alahan bagi meningkatkan kesedaran mengenai risiko terhadap kesihatan pengguna.

Walaupun mereka melaporkan bahawa 'kebanyakan' coklat ala Dubai di pasaran UK adalah selamat, pengguna digesa untuk terus berwaspada dan melaporkan sebarang kebimbangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Penasihat Saintifik Utama FSA Prof Robin May berkata, majoriti makanan di UK adalah selamat tetapi sebahagian produk coklat ala Dubai yang diimport tidak memenuhi piawaian.
"Ia mungkin menjadi risiko keselamatan makanan terutama bagi pengguna yang mempunyai alahan.

"Jika anda ingin membeli coklat ala Dubai, beli daripada peruncit dipercayai seperti tempat anda biasa membeli-belah mingguan kerana produk itu lebih cenderung untuk direka khas bagi pengguna UK dan selamat untuk dimakan," katanya.
Bagi mematuhi peraturan UK, label makanan mesti menyenaraikan 14 alergen utama yang terkandung dalam produk.
Kacang pistachio sememangnya sudah menjadi risiko kepada sesetengah pengguna, kerana alahan terhadap kekacang pokok menjejaskan sekitar 0.5 peratus daripada populasi dewasa.
Gejala alahan terhadap kekacang pokok biasanya muncul dalam masa beberapa minit, tetapi dalam sesetengah kes boleh mengambil masa sehingga dua jam untuk timbul.
Sumber: https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/global/eropah/2025/06/1229607/coklat-ala-dubai-bahaya

Comments
Post a Comment