Friday, 13 June 2025

Permohonan Ditolak, Anwar Tegas Akan Terus Jalankan Tugas Sebagai PM Tanpa Kompromi

Karier dalam politik sememangnya bukan perkara yang mudah buat seseorang individu. Terbaharu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tampil tenang dan penuh yakin walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.








Menurut Berita Harian, permohonan tersebut sebenarnya melibatkan isu sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman, khususnya dalam kes saman sivil yang difailkan oleh bekas penyelidik beliau, Muhammed Yusoff Rawther.




“Saya Tetap Akan Jalankan Tanggungjawab”
Mahkamah menolak permohonan tersebut selepas mendapati lapan persoalan undang-undang yang dikemukakan itu bersifat spekulatif dan tidak perlu untuk penyelesaian kes berkenaan. 


Hakim Roz Mawar Rozain juga menyatakan ia tidak membabitkan tafsiran atau kesahan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan.

No comments:

Post a Comment

Is 2026 going to be a good year for investing in crypto?

  Is crypto a good choice investment in 2023? Supply and demand drive any market; hence, the assets’ price and renown. Bitcoin price grows s...