Peniaga Rugi Hampir 200K Dek Sindiket Pelaburan...
Nilai: Modus operandi sindiket menawarkan pelaburan perniagaan kedai dalam talian menyebabkan seorang usahawan di sini, kerugian hampir RM700,000.
Difahamkan, mangsa yang berusia awal 50-an berurusan dengan sindiket itu sejak April lalu, yang kononnya menawarkan skim pelaburan menjanjikan pulangan lumayan.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kaunter aduan Balai Polis Mantin menerima satu aduan daripada seorang lelaki warga tempatan, semalam.
"Mangsa adalah seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai menyatakan berurusan dengan individu yang menawarkan skim pelaburan perniagaan di dalam kedai dalam talian menggunakan platform yang dipercayai palsu pada 21 April lalu.
"Pengadu dikatakan berminat untuk melabur dalam pelaburan perniagaan itu kerana dijanjikan keuntungan yang lumayan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pengadu kemudian diminta mendaftar akaun e-Bay kononnya untuk memulakan pelaburan perniagaan dan jualan barangan melalui kedai dalam talian miliknya.
"Pengadu kemudian dikatakan memindahkan wang ke dalam 19 akaun yang diberikan untuk tujuan pelaburan saham melalui 43 transaksi dengan jumlah RM677,890.
"Pengadu bagaimanapun sedari ditipu selepas tidak dapat membuat pengeluaran keuntungan dan wang modal yang dilaburkan," katanya.
Justeru katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Nilai membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Siasatan sedang dijalankan untuk mengesan dan menangkap suspek," katanya.
Comments
Post a Comment