Ringgit Malaysia(RM) Makin Mengukuh
Terkejut saya tengok tukaran ringgit pagi ni!
Ringgit kini naik ke paras yang paling tinggi dalam tempoh hampir lima tahun berbanding US dollar n benda ni satu perkembangan yang menarik untuk ekonomi kita hujung tahun ini.
Sebagai usahawan kecil macam saya, pengukuhan ringgit ni sebenarnya ada banyak kelebihan yang orang jarang nampak. Ini 7 kelebihan utama yang boleh kita manfaatkan 
Kalau bisnes kita bergantung kepada barang, bahan mentah, mesin, packaging, atau servis dari luar negara (import raw mat, botol, barang dari China), ringgit yang kuat buat kos menurun.
Margin untung boleh jadi lebih besar tanpa naikkan harga jualan.
Dengan jumlah modal yang sama, kita boleh order kuantiti lebih besar dari supplier luar.
Ini bantu bisnes mikro tanpa perlu tambah hutang dan kredit.
Banyak tools bisnes guna USD macam hosting, SaaS, AI tools, marketing software. Bila ringgit kuat, kos langganan bulanan terasa lebih ringan. Ni lah masanya nak subscribe annual terus!
Bila kos rendah, kita boleh test produk baru, buat sample, atau cuba market baru dengan risiko yang lebih terkawal.
Ini kelebihan besar untuk usahawan kecil yang nak cari product-market fit. Time to build dan release banyak benda baru 2026 ni!
Walaupun ringgit kuat sekarang, bisnes kecil yang guna tempoh ini untuk kemaskan operasi, kualiti dan sistem akan lebih bersedia bila ringgit lemah semula dan peluang eksport terbuka luas.
Untuk usahawan kecil, ini adalah peluang yang baik dan masa terbaik untuk kemaskan bisnes, kurangkan kos, dan bina asas yang lebih kukuh.
Ammar Zahar
Comments
Post a Comment