Impian Selepas Graduasi


Setelah bergraduasi pastinya setiap orang mempunyai impiannya. Cuba pejamkan mata dan bayangkan saat anda berada di pentas mengambil skrol dengan kehadiran ahli keluarga, teman rakan dan pensyarah anda. Pastinya hari itu satu kenangan yang paling indah untuk anda.



Boleh kami tahu, atau boleh tak anda cuba ingat, apa yang bermain difikiran anda saat itu? Mungkin impian untuk kehidupan anda, untuk keluarga anda, untuk kerjaya anda?

Semua orang berhak Berimpian!




Tetapi persoalannya bagaimana dengan impian tersebut. Sudahkah ianya tercapai? Atau mungkin anda telah terlupa apa impian tersebut?
Serius, pejamkan mata anda. Ingat semula ‘moment’ tersebut. Ianya bakal menjadi ‘success point’ anda. Latihan ini mudah. Cuba sekarang.
Ok, tahniah kerana anda dah mula senyum dengan kenangan itu. Langkah seterusnya mohon anda kongsikan impian tersebut dan adakah ianya telah tercapai? Jika masih belum tercapai, apa yang anda rasa menjadi halangan untuk anda capai impian tersebut?
Kongsikan apa sahaja. Kegembiraan mahupun kekecewaan ataupun kemarahan atau isu pengangguran yang mengganggu momentum anda. Mungkin ianya tidak berjaya dicapai disebabkan;
  • halangan keluarga
  • halangan pasangan
  • halangan orang persekitaran
  • masalah kerajaan
  • masalah sektor swasta
  • masalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Apa sahaja. Ceritakan. Kami mahu mendengar terus daripada anda. Mungkin anda akan temui kekuatan dari perkongsian sahabat yang lain dan mungkin juga sahabat yang lain menemui kekuatan dari perkongsian anda.
Tinggalkan komen di bawah, kami mahu bersama anda!

Comments

Popular Posts