Microfone Murah VS Microfone Mahal

Kenapa ada Youtuber yang sanggup labur lebih untuk mikrofon? Sedangkan mikrofon murah juga dapat merekod suara pada kualiti yang bagus. Di dalam tulisan panjang ini, saya sertakan jawapannya.

Seperti tulisan saya sebelum ini tentang mikrofon secara asas (boleh cari dengan klik #Equipment), tidak semua mikrofon sesuai untuk semua jenis genre content. Maka pembelian mikrofon berkualiti tinggi, sedikit sebanyak mampu membantu, khususnya kepada mereka yang terbitkan content video pelbagai genre.




1. Mikrofon yang mahal adakalanya sesuai untuk pelbagai jenis content. Contohnya Sennheiser Wireless G4. Selain daripada kegunaan untuk interview, microfon jenis ini juga mempunyai tahap sensitiviti suara yang tinggi, tetapi mempunyai noise reduction yang juga tinggi. Maka boleh digunakan juga untuk content mukbang tanpa kedengaran bunyi backgroup noise.



2. Mudah dan praktikal untuk digunakan. Contohnya Rode Wireless Go. Dengan konsep "plug & play" dan tidak perlu serabut dengan mikrofon berwayar, video interview dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Dengan tambahan "fur windshied", fungsi noise reduction yang tinggi dapat dirasai dalam suara yang dirakam, jadi mikrofon jenis ini boleh digunakan sebagai alat untuk membuat "voice over", tanpa perlu membuat audio mixing ketika proses editing untuk buang background noise.


3. Background noise reduction yang tinggi. Banyak jenama yang mahal, mikrofon mereka mempunyai fungsi noise reduction yang tinggi. Bermaksud mikrofon ini akan capture suara yang kita inginkan, tanpa ada suara lain yang masuk. Situasi yang saya pernah hadapi sendiri ialah saya pernah guna mikrofon murah untuk interview ketika Majlis Ibadah Qurban tahun ini, namun suara lembu kuat kedengaran di dalam video itu, dan suara lembu itu tidak boleh dipadam walaupun dalam proses editing. Sedangkan pada tahun sebelumnya saya guna Sennheiser Wireless G3, suara ambience kedengaran sedikit sahaja





4. Senang untuk convince client. Point ini penting kepada mereka yang memang nak jadi content creator untuk jangka masa panjang secara sepenuh masa. Peralatan yang canggih adakalanya perlu untuk menunjukkan tahap profesionalisme kepada potential client untuk kita mendapatkan job, sponsorship atau menarik kerjasama dengan golongan pelabur. Memang sebahagian besar pelabur atau pengiklan tidak mempunyai kemahiran audio visual, tetapi penting juga sebab kadang mereka nak tahu tahap profesionalisme kita.

Jadi mikrofon mana yang perlu dibeli? Saya tidak mampu memberikan jawapan yang tepat, anda sendiri perlu research. Banyak video berkenaan dengan equipment dalam YouTube yang boleh anda tonton dan buat penilaian.


KLIK UNTUK MICROPHONE MURAH KUALITI TIP TOP...

Comments

Popular Posts